Thursday, 5 January 2012

Pengenalan 1

SELAMAT DATANG 
KE AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE (ALC)
PELANGI SEMENYIH 
Assalammualaikum dan terima kasih kami ucapkan  kerana melayari laman web Al-Baghdadi Learning Centre @ ALC Pelangi Semenyih . Pusat Pembelajaran Siri Mudah Belajar & Mengajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi adalah sebuah  pusat pengajian yang diikhtiraf oleh Al-Baghdadi Method Sdn Bhd untuk menjalankan program-program Belajar Al-Quran mengikut Teknik Al-Baghdadi. Ditubuhkan pada bulan Febuari (2012) dengan pengambilan pelajar pertama Kelas Intensif Kanak-kanak , Remaja , Warga Emas dan Dewasa .

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah SATU TEKNIK yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF dan  SISTEMATIK .

Bahan-bahan serta teknik  Al-Baghdadi ini terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah al-Bargy yang diasaskan  oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa di seluruh negara selama 8 tahun. 

Keberkesanan teknik ini telah terbukti dengan beberapa testimoni pelajar yang telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak Al-Baghdadi Method Sdn Bhd.

Email - albaghdadipelangisemenyih@gmail.com
HP: 012 606 8447 (Pn.Maisul Elora) / 013 383 3575 (En.Shagul)

No comments:

Post a Comment